Keluarga kesayanganku

Keluarga kesayanganku
Myspace Falling Objects @ JellyMuffin.com Myspace Layouts

MASALAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

1 comments
Penggunaan teknologi maklumat merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah dan yang lebih penting ia diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Fiske 1991). Sejarah penggunaan teknologi maklumat di Malaysia telah dimulakan dengan pengenalan program kelab komputer sebagai salah satu kegiatan kokurikulum sekolah pada tahun 1980an (Zoraini, 1991). Ini diikuti dengan pengenalan program Komputer Dalam Pendidikan pada tahun 1995. Program ini memberi penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Maka guru-guru mata pelajaran yang berkaitan telah diberi latihan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Susulan daripada itu, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan menjadikan Literasi Komputer sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Kemantapan penggunaan teknologi maklumat sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran juga pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula akhir tahun 2002, semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik peringkat tahap satu sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sekolah menengah telah mengikuti kursus penggunaan teknologi maklumat. Ini diikuti dengan pembekalan komputer riba kepada semua guru sains dan matematik yang terlibat di dalam pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Setiap sekolah juga dibekalkan dengan projektor multimedia, skrin, pembesar suara dan troli. Walau pun semua infrastruktur teknologi maklumat telah diadakan, tetapi apakah keperluan sebenar guru dan pihak pentadbir sekolah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains ketahap bestari?
Pendidikan dan latihan guru yang sistematik merupakan langkah penting untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan teknologi baru di dalam kurikulum sains dan matematik dapat diimplementasikan (Mohd Majid 1997). Pada tahun 1998, Bahagian Pendidikan Guru telah merangka kursus dalam perkhidamatan selama 14 minggu berkaitan dengan kurikulum untuk projek Sekolah Bestari. Pemfokusan kursus ini hanya kepada guru yang telah mengajar di Sekolah Bestari. Adalah dijangkakan pada tahun 2002, seramai 5,500 orang guru telah dilatih di dalam program Sekolah Bestari (Computimes 2000). Kursus dalam perkhidmatan ini memberi fokus kepada memperkembangkan kemahiran generik seperti pemikiran kritikal, penggunaan teknologi dalam pendidikan, kemahiran belajar, taksiran dan penilaian juga pengurusan pengajaran dan pembelajaran secara bestari (Bahagian Pendidikan Guru 1998). Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dan komited terhadap penguasaan guru-guru sains dan matematik terhadap teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kursus-kursus ini dijalankan sebagai respon kepada perubahan kurikulum dan bukannya berdasarkan kepada keperluan guru-guru. Sesuatu program yang efektif ialah bila ia berdasarkan kepada keperluan guru(Kaufman dan English, 1979 dalam Witkin 1987). Ini bertepatan dengan kenyataan oleh Jeannette Swist (2001) yang menyatakan proses taksiran keperluan adalah langkah pertama yang penting di dalam membina program latihan atau ikhtiar memajukan prestasi.

Taksiran keperluan sangat penting jika kita ingin memperbaiki program yang sedia ada atau pun ingin membuat program baru. Maka, taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat amat perlu dilakukan, agar segala kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan terutama infrastuktur teknologi maklumat dimanfaat sepenuhnya oleh guru-guru-sains sebagai media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Langkah pertama kepada reka bentuk kurikulum ialah dengan melaksanakan taksiran keperluan (Pratt 1994; MacNeil 1996 dalam Mohd Ali Jafri Mohd Zainuddin, 2002). Tyler (1949) percaya keperluan ialah perbezaan antara pengetahuan masa kini atau kemahiran individu dan norma yang telah dikenal pasti. Dalam pendidikan, proses mengumpul input daripada orang yang mendapat kesan daripada keputusan kurikulum menggambarkan ketulenan demokrasi (Pratt 1994: 37). Manakala pendapat guru-guru yang terlibat dalam proses pelaksanaan perlu diambil kira (Mohd Majid 1997). Penentuan program keperluan difokuskan kepada apa yang diperlukan oleh seseorang untuk membuat sesuatu dengan lebih baik daripada yang mereka lakukan sekarang (Pearce 1995). Banyak penyelidikan telah dilaksanakan untuk mengetahui keperluan tulen dalam pendidikan jika dibandingkan dengan keperluan tulen dan kemahuan atau keinginan semata-mata (Bryson 1936, Clark 1990, Sheasha 1961). Manakala (Rauda dan Michell 1995) menyatakan keperluan tidak selalunya sama dengan kemahuan. Kaufman (1994, 1996) pula telah mendefinisikan taksiran keperluan sebagai proses mengenal pasti keperluan dan meletakkan keperluan dalam susunan keutamaan. Melalui taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat, pihak pentadbir sekolah dapat mengenal pasti jurang (jurang antara keadaan sekarang dan keadaan yang diperlukan) di dalam usaha memperbaiki penguasaan teknologi maklumat dengan berkesan. Menaksir keperluan penguasaan teknologi maklumat secara menyeluruh bermakna mendapatkan maklumat yang luas dan kefahaman yang mendalam di dalam membuat keputusan untuk memperbaiki tahap penguasaan teknologi maklumat guru. Ini disokong oleh Triner, Greenberry dan Watkins (1996) yang menyatakan taksiran keperluan ialah proses mengenal pasti jurang di dalam membuat keputusan, agar penyelesaian efektif dan effisien dapat dipilih. Taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat secara bersepadu merupakan intipati proses perancangan.


Dipetik dari :Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 89

Pelik tetapi benar

0 comments






Mungkinkah satu teknik dalam photoshop manipulation?

Perjalanan ke Salinatan

0 comments











Klik Iklan ini