Keluarga kesayanganku

Keluarga kesayanganku
Myspace Falling Objects @ JellyMuffin.com Myspace Layouts

ICT sebagai alat aplikasi dan pemudah komunikasi

1.0 ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

1.1 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan aplikasi umum seperti memproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

1.2 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong manamana

falsafah pendidikan, sebaliknya, computer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu

pembelajaran – murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)

Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah.

Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh murid tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua

pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut. Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu.

ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).

1.3 Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

· Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.

· Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar.

· Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

2.0 ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI.

2.1 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna

untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza

menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai

bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi

dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

· teks

· grafik

· audio.

· video

· kombinasi pelbagai mod

2.2 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:

· Teknik Seorang – Sendirian

· Teknik Seorang kepada Seorang

· Teknik Seorang kepada Ramai

· Teknik Ramai kepada Ramai

2.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:

· Teknik Seorang – Sendirian

· Teknik Seorang kepada Seorang

· Teknik Seorang kepada Ramai

· Teknik Ramai kepada Ramai

Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.

Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan pengelaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.

Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.

2.4 Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

· Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.

· Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran

melalui peer group yang bersifat global.

· Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam

proses pembelajaran.

Rujukan: http://www.angelfire.com/wa2/smkdsotwo/TeknologiMaklumat.pdf diakses pada 7 April 2010

2 comments:

jemaya63 said...

Sememangnya melalui IT kita mudah berkomunikasi tetapi bagaimana pula bagi golongan tidak berkemampuan? Pada ia tidak menyeluruh. Tetapi, ia amat bersesuaian bagi orang dewasa yang mempunyai banyak kekangan masa ... Namun kanak-kenak sekolah, ia dilihat satu ancaman kerana iabu bapa tidak mengetahuinya terutama ibu bapa yang buta IT ... banyak negatif dari positif tapi apa pun kita perlu berusah yang terbaik kerana kalau menentang , kita ketinggalan zaman... orang Malaysia dah ke angkasa ....

hooyupee said...

Diharap ICT membawa pendemokrasi pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat.

Post a Comment

Klik Iklan ini