Keluarga kesayanganku

Keluarga kesayanganku
Myspace Falling Objects @ JellyMuffin.com Myspace Layouts

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah kemahiran terkini yang sewajarnya dikuasai oleh setiap pendidik. Information and,communication technology (ICT) bermaksud pengguna maklumat dalam bentuk teks, grafik, rajah, dan sumber lainnya boleh berinteraksi dan berkomunikasi menerusi internet atau intranet dengan menggunakan peralatan teknologi seperti komputer, modem, router dan talian telefon.
Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang mahukan masyarakat Malaysia celik IT, bersandarkan komitmen kerajaan yang mahukan Malaysia menjadikan sistem pendidikannya bertaraf dunia dan mampu bersaing di peringkat global, maka adalah perlu bagi setiap warga pendidik menerima setiap perubahan teknologi dengan positif dan bersama-sama berusaha melaksanakan segala dasar seperti yang telah dirancangkan.

Antara kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran:

1.Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

2.Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

3.Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

4.Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

5.Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

6.Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

7.Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

8.Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

9.Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran:

• Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

• Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.

• Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

• Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

• Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
-pengenalan topik
-perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
-penutup dan kesimpulan topik pelajaran
-penilaian kefahaman terhadap topik

• Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran

• Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.

• Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
• Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

•Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Anggota dalaman badan manusia dapat diperjelaskan dengan secara terperinci

•Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.

•Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
Contoh: Gunakan plebagai warna pentin untuk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.

•Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.

•Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Perkembangan terbaru dalam bidang teknologi maklumat terutama sekali teknologi multimedia dan storan bermuatan tinggi telah memberi satu nafas barus kepada penggunaan komputer dalam bidang pendidikan (Hashimah & Rafie, 1994).Komputer mempunyai banyak kelebihan yang sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Jika digunakan dengan sistematik komputer boleh membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengajaran menggunakan komputer akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Heinich (1996) juga menyatakan bahawa komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Komputer membolehkan guru-guru menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.
Perkembangan komputer dalam sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama (1981-1989) iaitu literasi komputer difokuskan hanya tentang pengetahuan mengenai komputer. Penggunaan komputer yang pertama di sekolah ialah pada tahun 1981 iaitu di SM La Salle di Petaling Jaya yang menubuhkan Kelab Komputer. Dalam bulan Oktober 1983 Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohammad menyeru supaya banyak lagi kelab komputer ditubuhkan di sekolah-sekolah supaya kita tidak ketinggalan dalam teknologi ini.
Teknologi multimedia digunakan dalam penyediaan pakej-pakej isian kursus. Pelbagai jenis media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi digunakan dalam penyampaian pengajaran. Teknologi ini juga dibangunkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan komputer. Berbagai-bagai definisi multimedia diberikan. Antaranya ialah kaedah penyebaran maklumat yang direka bentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer (NorIadah, Norita & Huda, 1995).
Paparan grafik atau gambar sangat berguna untuk menjelaskan sesuatu berbanding teks sahaja. Baeker (1986) menegaskan bahawa penggunaan grafik, terutama grafik interaktif dapat mengembangkan pemahaman terhadap sesuatu objek, perkara atau peristiwa walaupun bagi topik-topik sukar seperti aliran data dalam program komputer. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer bagi menjawab soalan, mendapatkan penerangan atau bergerak dari satu tajuk ke tajuk yang lain.
Dengan kemunculan internet, pembelajaran melalui komputer telah berkembang tanpa batas. Banyak maklumat boleh dicapai dengan mudah dan cepat. Maklumat yang terkandung dalam beberapa set ensiklopedia boleh dimuatkan dalam satu CDROM.
Antara aktiviti-aktiviti dalam intemet ialah Mel Elektronik atau e-mail. Penyertaan pelajar di sekolah-sekolah di negara maju sudah jauh ke hadapan dalam aktiviti me1 elektronik. E-mail sesuai untuk tujuan komunikasi, mendapatkan maklumat, berkongsi idea dan pendapat serta membuat projek bersama. Kemunculan intemet dan CD-ROM ini telah membimbangkan sesetengah pihak kerana pelajar mengetahui dalam beberapa ha1 lebih daripada guru. Sungguhpun saiz CD-ROM itu kecil, tetapi CD-ROM itu dapat menyimpan data yang sangat besar, menyimpan teks bersamaan 250,000 muka surat kertas A4 atau lebih kurang 100,000,000 perkataan.Mengikut Gunton (1993), kapasiti penyimpanan CD-ROM mewakili 550 juta aksara yang bersamaan dengan 300 buah buku teks. Di samping itu satu cakera boleh menyimpan 2,000 gambar wama resolusi tinggi atau 20 jam percakapan.

Potensi penggunaanya daiam pendidikan sangat tinggi jika guru-guru tahu menggunakamrya. Oleh itu guru-guru disarankan agar meningkatkan ilmu melalui penggunaan komputer atau dengan kata lain menguasai intemet atau CD-ROM.
Seperti di mana-mana negara membangun, negara Malaysia akan menemui beberapa masalah seperti juga apabila sesuatu inovasi pendidikan diperkenalkan. Antara masalahnya ialah:
1. Perisian pelajaran yang bermutu tinggi yang dapat menemui keperluan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah terlalu sedikit. Oleh itu kita perlu mengeluarkan perisian yang tersendiri untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Ini melibatkan guru-guru yang mahir dengan komputer dan pakar dalam pedagogi.
2. Guru yang mengetahui cara yang berkesan untuk menggunakan PBK di dalam bilik darjah terlalu sedikit. Tambahan pula, guru-guru yang boleh mengeluarkan perisian bermutu adalah diperlukan. Oleh itu, guru-guru memerlukan banyak latihan.
3. Bilangan komputer yang diperlukan untuk sesuatu kegunaan PBK agak banyak. Kebanyakan sekolah tidak mampu untuk membekalkan pelajar mereka dengan bilangan komputer yang mencukupi.
Dengan kejatuhan harga komputer di pasaran dan keupayaan komputer yang bertambah, maka sudah sampailah masanya setiap sekolah di negara kita menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana telah terbukti bahawa penggunaaan teknologi baru ini dapat memberi pengalaman belajar yang lebih berkesan kepada pelajar. Teknologi ini juga boleh meningkatkan kadar pembelajaran, menambah keberkesanan pembelajaran, menambah penyimpanan pengetahuan, membolehkan belajar dengan lebih mendalam dan luas dan menambahkan kuasa penyerapan maklumat dan pengetahuan (A.Hamid & Mohd Ariffin, 1987).
Semasa revolusi perindustrian, enjin ialah alat yang membolehkan manusia mengendalikan kerja yang banyak dengan mudah dan cepat. Dalam revolusi maklumat masa kini satu lagi mesin, iaitu komputer telah menjalankan kerja untuk minda manusia seperti mana enjin buat untuk otot-otot manusia. Komputer membenarkan kita mengendalikan data yang besar dengan mudah dan cepat. Sebagai satu analogi antara Revolusi Industri dan Revolusi Maklurnat, ( Molnar, 1986) dari National Science Foundation Amereka Syarikat menyatakan, penduduk yang celik komputer adalah penting sebagai tenaga dalam masyarakat berasaskan maklumat dan sebagai mana bahan mentah dalam masyarakat berasaskan industri.
Beliau juga menambah :
. . ..there is a national need to foster computer literacy. Further, if we are to meet this need, we must ensure that high school graduates have an understanding of the uses and applications of the computer in society and its efect upon their everyday lives. . . . .
A nation concerned with its sosial needs and economic growth cannot be indITerent to the problems of industries, we must develop a computer-literate soceity (‘olnar, 1987)
Revolusi komputer telah menampakkan impaknya kepada sekolah. Setakat ini kesannya ke atas pengajaran belum dapat dirasai sepenuhnya. Sebab utamanya ialah kekurangan perisian yang berkualiti. Komputer boleh mengambil alih sebahagian daripada tugas tradisional pengajaran seperti pengajaran yang berasaskan peraturan. Subjek yang lebih kompleks akan terus menjadi hak guru dan guru hanya berperanan menolong pelajar berinteraksi dengan komputer. Ini bermakna komputer tidak akanmengambil alih sepenuhnya tempat guru.
The Association for Computing Machinery (1985), organisasi untuk professional dalam komputer sains telah mengenalpasti 7 bidang kepakaran (literasi komputer) yang diperlukan oleh guru.
1. boleh menulis dan membaca program mudah dan memahami bagaimana program dan subprogram disesuaikan dalam satu satu sistem
2. mempunyai pengetahuan tentang terminologi komputer, ten&ma yang berkaitan dengan perkakasan
3. mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi perisian pendidikan dan dokumentasi
4. memahami terutamanya mengenai komputer dalam pendidikan beberapa masalah yang boleh dan tidak boleh diselesaikan oleh komputer
5. boleh mengenal pasti dan menggunakan sumber-sumber pilihan maklumat semasa mengenai komputer dalam pendidikan
6. boleh membincangkan pada paras orang awam mengenai sejarah computer terutama yang berkait dengan pendidikan.
7. boleh membincangkan kesan ke atas isu-isu moral dan impak komputer masyarakat.
Senarai ini menunjukkan guru perlu bukan hanya kesedaran terhadap komputer, tetapi mereka juga perlu berinteraksi dengan komputer, membuat program mudah,menggunakan perisian dan mendekati isu-isu semasa mengenai pengajaran berkomputer.




RUJUKAN:


http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html di akses pada 2 April 2010
http://ep3.uum.edu.my/871/1/Kamarudin_Mansur.pdf di akses pada 3 April 2010

4 comments:

Ang PohLian said...

semalam saya pergi ke kuala rompin untuk jemput anak di summerset resort, saya lalu muazham shah, ingat nak pergi ke sekolah cikgu tapi sudah lewat, lain kali mesti pergi......

Normz said...

Ok, lain kali kalau pergi Muadzam Shah call saya ya.

hooyupee said...

Tidak dapat baca tekslah...Kabur! Pakai cermin mata 2 pasang pun tak jadi. Macam mana?

Normz said...

Bahan yang mana ni. Saya boleh baca Masalah komputer cikgu kot... Ke cikgu maksudkan isi teks? Next week saya cerita ok...

Post a Comment

Klik Iklan ini