Keluarga kesayanganku

Keluarga kesayanganku
Myspace Falling Objects @ JellyMuffin.com Myspace Layouts

Lima tips bagaimana untuk membangkitkan rasa percaya kepada diri sendiri

Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.

Apabila anda rasa kurang yakin, anda akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tidak tahu dari mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu diatasi. Jika tidak, motivasi anda akan luntur dan anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.

Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?

Ini caranya:

1. Gali kekuatan-kekuatan diri anda, kemahiran-kemahiran anda yang anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik.

Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.

2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah anda capai, sebab ia membantu anda merasa yakin.

Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau di suatu ketika dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat Anda merasa yakin.

3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain.

Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat anda sendiri. Berkawan dengan mereka, elakkan persaingan yang tidak sihat. Untuk menang, anda perlu berkawan dengan musuh sendiri.

4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental.

Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang perlu dilakukan.

5. Selalu bertenang.

Terdesak , kelam kabut atau stress bagaimanapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, idak le berterabur.

Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang. Hati-hati dengan dua ‘penyakit’ dalaman ni kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.

*Contoh aktiviti mental:

1. Membaca.
2. Bermain teka silang kata.
3. Bermain permainan Scrabble.
4. Membayangkan sesuatu, mengimajinasikan sesuatu.
5. Melakar cerita, mengarang sebuah kisah.
6. Bermain games, hingga mampu mengalahkan games tu sendiri.
7. Berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
8. Banyak menulis artikel.
9. Berbincang tentang sesuatu idea baru.

Dipetik dari: http://www.imotivasi.com/motivasi-diri/motivasi-diri-5-tips-bagaimana-untuk-membangkitkan-rasa-percaya-pada-diri.html

3 comments:

Nor Zaridah said...

Memang pun...kalau yang dah terlampau yakin tu...suka nak merendahkan orang lain..macam kawan aku tu....bukannya nak tolong bagi motivasi supaya orang lain bersemangat tapi memperlekehkan kawan biar dia terus jatuh tersepuk....aku memang geram je tengok perangai dia.....anyway kita jangan le buat macam tu....kalu terrror sangat pun biar merendah diri....kan...kan...kan

Normz said...

Memang betul ikutle resmi padi makin tunduk makin berisi jangan jadi seperti lalang, ikut je arah tiupan angin.. tidak ada pendirian langsung.Lagi satu jujurlah seperti angin sebab apa yang dibawanya contoh jika kita lalu berhampiran tempat/benda busuk itu lah yang akan kita dapat hidu..itulah angin akan beritau kita hal yang sebenarnya...so jujurlah seperti angin...dan...Jangan sesekali menjatuhkan air muka orang lain jika kita tak mahu diperlakukan seperti itu juga kelak..

hooyupee said...

Perasaan hasut dengki wujud kerana kurang yakin diri. Takut orang lain mempersendakannya. Sebenarnya apa yang dia cakap itu menunujukkan apa yang difikir. Biasanya orang jenis ini tidak didekati orang, mereka ini sunyi. Mereka dahagakan perhargaan. Kalau kita masak dengan perangai orang jenis ini, kita hanya boleh senyum sahaja. Jika ada masa, boleh tegur dia seorang diri ( jangan tegur di kalangan ramai sebab orang jenis ini ada 'interior complex' Harap-harap dengan usaha dan kesabaran kita, orang jenis ini akan berubah... Tapi mesti biar dia rasa kejujuran kita. Mesti biar dia percaya kita. Ia akan mengambil masa yang panjang. Sabarlah...

Post a Comment

Klik Iklan ini